Wednesday, 17 August 2016

, , ,

Gunung Telapak Buruk & Gunung Berembun


Dear all, please bear in mind that i wrote this two days after the trip while my leg still feel sore and i walked like a penguin hahaha.

Okey,  trip daypack ke Gunung Telapak Buruk ini dianjurkan oleh kelab Rovers MMU Melaka dengan bayaran RM10 sahaja. Ni yang best ikut rombongan student, dapat lah tumpang subsidi universiti. Misi kami adalah untuk menjejaki bangkai pesawat tentera WWII British RAF B-24 Liberator yang terhempas pada 23 Ogos 1945.

Opie and the geng mulakan perjalanan dari Kuala Lumpur around 4.45am and sampai di Masjid Kariah Pantai dalam pukul 6.10am. Tumpang solat subuh semua sambil tunggu separuh rombongan dari Melaka sampai. Nak bagitau, dekat masjid ni fasilities dia lengkap. Ada toilet, tempat mandi, vending machine and washing machine lagi tau. Boleh tumpang rehat and cuci badan semua. Masjid ni pokestop lagi tau, so korang sempat catch some pokemon sementara tunggu kawan siap.

Dari masjid pergi ke kaki Gunung Berembun ambil masa dalam 10-15 minit. Kereta boleh parking dekat tepi-tepi jalan bawah tu, lebih kurang macam kawasan parking untuk trekking ke Lata Medang/Bukit Kutu. The best thing is, parking free and tak perlu permit untuk naik atas. For your information, ada dua cara untuk pergi ke kawasan aircraft crash site a.k.a Gunung Telapak Buruk. Cara nya adalah :

  1.   Puncak Telapak Buruk - Aircraft Crash Site -Puncak Berembun- Kaki Gunung Berembun    (Kena naik 4x4 untuk ke Puncak Telapak Buruk.)
  2.   Kaki Gunung Berembun - Puncak Berembun - Aircraft Crash Site - Patah balik guna trek        sama (Free of charge sebab guna kudrat sendiri)
Sebab kitorang ni geng cheapskate, kitorang pilih untuk naik guna 2nd option. Hurmm....nantikan ulasan seterusnya di bawah. Sejujurnya, option ni sangat tak digalakkan sebab penat dan pewai gila. Better keluarkan extra duit sikit and pergi ikut 1st option.


Untuk sampai ke aircraft crash site, ada tiga pit stop penting iaitu Lata Berembun, Gua Kambing, Puncak Berembun. 

Perjalanan dimulakan dari kaki Gunung Berembun. Untuk sampai ke Lata Berembun mengambil masa lebih kurang 40minit ke sejam, bergantung pada pace masing-masing. Jangan risau perjalanan ke Lata Berembun ni memang agak mudah, takde trek pacak and more to trekking santai je. Lata Berembun ni sangat sesuai untuk camping and masak ration semua.

Antara Lata Berembun nak ke Gua Kambing, kena cross air terjun guna batang pokok


Dari Lata Berembun nak ke Gua Kambing dah start trek menyeksa jiwa. Ada naik turun naik turun but still okay,  Adalah dalam 1 jam 15 minit jugak untuk sampai ke pit stop ni. Seriously suka gila Gua Kambing sebab ada tempat macam bamboo hut and kawasan cantin penuh tempat duduk untuk korang berehat. Reminder uolls, kat Gua Kambing ni please refill air korang sebab ini last water point untuk sampai ke aircraft crash site and believe me, perjalanan tersangat lah jauh lagi. Mohon penuhkan atleast cukup botol 1.5 litre tu. Trek lepas Gua Kambing ni dah start mencanak so you really need a lot of water.


Gua Kambing

Make sure baca bismillah banyak-banyak lepas Gua Kambing ni dan sadokan mental anda. Trek dah start mencanak and ada kawasan yang kena guna tali untuk naik atas.  Bayangkan trek Gunung Datuk, haaa....macam tu lah trek dia, berterusan mencanak dan mendera mental selama almost dua jam before sampai Puncak Gunung Berembun. Dua jam ikut pace pewai Opie, yang tak pewai boleh laju-laju tapi amik masa sejam setengah jugak lah.

Sampai Puncak Berembun, jangan lupa ambil gambar kat situ sementara rehat tu.View takde tapi ada lah papan tanda yang cakap ni Puncak Berembun. Sini pun port yang sesuai untuk masak ration & bentang ground. Personally, Opie nasihatkan teruskan dulu perjalanan ke aircraft crash site and on the way turun baru nak lunch ke apa. No water point kat sini okay.

Opie di Puncak Berembun. Dikelilingi kabus gitu


Trek dari Puncak Berembun ke aircraft crash site ( Gunung Telapak Buruk) ni dah lega sikit, sikit jela sebab atleast dah start landai sikit. Cuma ada lah banyak turun naiknya. Please alert with surrounding, jalan ni penuh dekat pokok berduri tajam macam pokok bertam. Ambil masa nak dekat 2 jam untuk sampai kawasan liberator. Bila nampak je sign Gunung Telapak Buruk, that's mean korang dah sampai. Yeay !! Tapi jangan nak happy sangat. Ada jalan kecil untuk turun ke kawasan bangkai pesawat and takes around 10 minit camtu. Sila bergambar puas-puas and siapa nak refill air boleh tapi kena masuk dalam lagi. Bangkai pesawat tu dekat kawasan denai. 

Geng Rovers MMU Melaka bersama bangkai pesawat



Peninggalan Liberator RAF B-24

Terubat lah sikit kepewaian lepas dapat posing sakan sebelah aircraft tu.Pastu apa lagi, cepat-cepat Opie and the geng memulakan perjalanan turun. Berhenti lunch sekejap dekat Puncak Berembun.


Lunch dekat Puncak Berembun ni disponsor oleh seorang pakcik yang nampak kitorang pewai gila kot. Dapat nasi goreng dan satay ayam.Nyummy ! Ration semua dekat Lata Berembun. Nasib lah kami jumpa hero baik hati.


Dan kesengsaraan baru sahaja bermula selepas itu.Turun lagi susah especially time trek mencanak Puncak Berembun ke Gua Kambing. Masing-masing lutut dah rasa sakit, hati dah mencarut-carut cuma mampu berdoa cepat lah sampai bawah. Serious tak larat gila. Sepanjang perjalanan turun, memang pewai gila yang rasa kalau boleh bergolek..kami memang bergolek turun. Paksa jugak diri untuk teruskan perjalanan and alhamdulillah rombongan kami semua selamat sampai bawah safe and sound. 

Itinerary group kitorang boleh refer kat summary bawah ni :



Secara ringkasnya sesiapa yang teringin nak pergi Gunung Telapak Buruk, Opie galakkan korang supaya guna option 1. Jimat masa dan tenaga. Kalau guna option 2, tak rasa korang sanggup nak repeat lagi. Serik gila. Bukan Opie je cakap, kawan-kawan semua pun cakap sama. Untuk kawasan solat, better solat dekat Gua Kambing ataupun Lata Berembun untuk lebih selesa plus ada water point. Pit stop lain korang kena pikul air lebih. Suggestion untuk setup ground/fly and memasak boleh dekat Gua Kambing and Lata Berembun. Dekat atas tu just makan yang simple-simple, food yang dah ready, bawak roti lebih and power bar sebab perjalanan jauh. Siapa ada hiking pole sila bawak sebab tersangat lah membantu masa nak turun trek. Dan sebagai persediaan untuk apa sahaja, jangan lupa bawa wisel, poncho dan headlamp.Kalau boleh, keluar dari hutan sebelum gelap untuk memudahkan perjalanan. Hope that my post can help you plan your trip !





Share:

1 comment:

  1. Ada nombor 4x4 or lori nak ker telapak buruk tu tak..pm no sy 0162356725..hehe

    ReplyDelete