Sebenarnya dah banyak trip opie rasa nak tulis tapi biasa lah tak tertulis. Dasar pemalas.Nak tulis pasal open water course dekat pulau perhentian and trip merdeka dekat Bukit Berekeh tapi asyik pending aje. K mohon ilham menulis segera datang. Cewah !
Bagi beginner/newbie hikers or sesiapa yang tak tahu lah, Bukit Batu Putih ni ada dua and kedua-duanya memang berbeza. Satu di Port Dickson, Negeri Sembilan and satu lagi di Gopeng, Perak. Opie and cousins pergi yang dekat Port Dickson. Ini semua angkara banyak stalk hashtag #bukitbatuputih dekat instagram. Cun melecun uolls view dia. Terus kitorang buat keputusan untuk pergi hike santai.
Alkisahnya nak pergi after subuh tapi dah ramai-ramai ni biasalah pagi tu banyak godaan syaitan yang cakap malas nak pergi. Alhamdulillah berjaya jugak pujuk and pukul 7.30 camtu kitorang bertolak dari Shah Alam.
Tentatif Opie share kat bawah untuk rujukan.
Tentatif Opie share kat bawah untuk rujukan.
![]() |
Tentatif Bukit Batu Putih |
How to reach there :
- Waze PNB Ilham Resort and follow the direction. Once sampai boleh start cari parking tepi- tepi jalan gitu.
- Cari pintu gerbang Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. Betul-betul sebelah Ilham Resort tu. Beli tiket masuk RM1 dekat pondok selepas gate
- Teruskan berjalan atas jalan tar lebih kurang dalam 15 minit ke arah Rumah Api Tanjung Tuan
- Lebih kurang dalam 15 meter dari tangga Rumah Api, pandang kanan and cari trek untuk masuk kawasan hutan
- Trekking lebih kurang 15 minit and sampai puncak Bukit Batu Putih ! Trek sangat santai and and to be honest, tak seberapa hiking. Yang mencabar ada lah kena naik batu sikit before ke puncak.
![]() |
Jalan masuk hutan sila follow anak panah biru. Takde signboard ke apa kat situ so kena alert belah kanan |
![]() |
On the way trekking |
![]() |
Ni lah batu yang kena panjat tu. Dont worry dalam 5 minit confirm lepas halangan ni |
Nak tahu view atas tu macam mana ? Jeng jeng jeng tengok lah gambar kitorang kat bawah.
![]() |
Puteh's Family |
![]() |
Laut dia ada dua colour uolss |
![]() |
Panorama dari atas Bukit Batu Putih Cantik tapi full dengan manusia |
Ada beberapa tips/nasihat untuk pengunjung Bukit Batu Putih yang Opie nak pesan :
- Banyakkan bersabar tunggu giliran : Disebabkan trek senang, orang non-stop naik walaupun matahari dah nak tegak atas kepala. Time Opie turun nak dekat pukul 11 tapi still ramai gila on the way naik. Memang dah macam mall ala-ala broga.
- Pakai pakaian sesuai : Trek santai dan mudah tapi better pakai kasut dan seluar track/hiking sebab senang korang nak panjat-panjat batu and bergerak dekat puncak nanti. More flexible.
- Bawa air secukupnya : Perjalanan dari pintu gerbang ke puncak mungkin cuma 30 minit tetapi kat atas tiada water point. Sila bawa air atleast botol mineral 500ml tu.
- Be considerate : Yes, view atas sangat cantik tapi jangan lah lepak atas puncak lama-lama, max lebih kurang 15-20 min je.Puncak tu kecik je kawasannya, kesian orang lain nak rasa jugak
- Jangan jadi pelancong gunung : Golongan yang paling hikers kental tak suka ; pelancong gunung. Makan-makan kat atas tapi please bawak turun sampah. Bergambar kena tengok orang belakang, if ramai beratur jangan pentingkan diri sangat.
- Jangan pergi melawat Rumah Api : Lepas keluar dari trek Bukit Batu Putih, kemain excited dan gigih Opie pergi panjat tangga nak tengok Rumah Api Tanjung Tuan. Sekali sampai atas, semuanya berpagar. Boleh tengok dari luar je and to be honest, apa pun takde. Sobs.
After turun dari Bukit Batu Putih, kitorang pergi brunch dekat Pantai Teluk Kemang. Sedap jugak coconut shake sini tapi memang tak dapat lawan coconut shake Klebang. Dan harga makanan/minuman agak mahal di sini walaupun rasa biasa-biasa aje. Selain itu,boleh try makan Nasi Ayam Cowboy. Oh, pesanan khidmat masyarakat: alang-alang kat PD ni sila bawak baju extra untuk mandi laut.Jangan jadi macam Opie yang menyesal tak sudah ni haha. Okey tu je nak cerita. Bye !
0 comments:
Post a Comment